Posts

Showing posts from July, 2016

Apa itu EMRS dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?

Image
EMRS (EMERGENCY MEDICAL RESCUE SERVICES) 1. Diwujudkan dalam Jabatan Bomba bagi memberi perawatan KHUSUSNYA kepada ANGGOTA BOMBA ditempat operasi sekiranya mengalami kecederaan. Dan juga memberi perawatan kecemasan kepada mangsa orang AWAM sekiranya ada sebelum pihak AMBULAN datang.  Semoga dengan perawatan awal yg kami berikan dpt membantu mengawal mangsa yg cedera dari menjadi lebih kritikal sementara ambulan sampai. Sekiranya ambulan ada kami akan serahkan kepada pihak berkenaan. 2. Kami TIDAK beroperasi utk menghantar pesakit ke hospital KECUALI mendapat arahan dari PUSAT GERAKAN OPERASI yg mana pihak Hospital memohon kami utk menghantar mangsa ke hospital disebabkan perkara yg tidak dapat dielakkan.                    3. Keluaran jentera EMRS ini adalah bersama Jentera pemadaman kami. 4. Walaupun anggota bomba kami terlatih dan melakukan tugasan mengikut SOP tidak dapat dinafikan kemalangan keatas anggota boleh terjadi. Dengan itu maka diwujudkan Pasukan EMRS ini. Dan kami juga be

Bagaimanakah cara untuk menjadi Teman Pili Bomba?

Image
Bagaimanakah cara untuk menjadi Teman Pili Bomba? Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas. Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran. Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan. Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan. Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan. Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai. SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba. Sumber: http://www.bomba.gov.my/

Apa tugas STORM dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?

Image
S.T.O.R.M (Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM) STORM adalah salah satu pasukan yang dikenali sebagai Malaysian Rapid Deployment Force ataupun lebih kurang macam komando ATM la peranan nya tapi jauh sekali daripada skop tugasan. STORM adalah pasukan yang ditugaskan untuk berfikir di luar kotak dan bekerja di luar kemampuan dalam menjalankan operasi menyelamatkan mangsa lagi-lagi yang melibatkan bencana besar seperti SEARCH AND RESCUE. Oleh kerana tugas mereka lebih kepada melakukan operasi Search and Rescue kebanyakan operasi nya di tempat gelap terutama melibatkan runtuhan bagunan, penyelamatan di hutan atau disaster berskala besar, mereka dianugerahkan baju yang design nya lain sikit daripada pegawai lain iaitu ada JAHITAN SHINING(BERCAHAYA) pada pergelangan tangan dan kaki pada uniform, tulisan STORM di belakang baju, helmet operasi bewarna merah ketika operasi melibatkan pegawai STORM, lencana unit di sebelah kanan bahu dan di tampal bendera Malaysi

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Image
Umum mengetahui kerjaya sebagai anggota bomba merupakan satu kerjaya yang yang sangat mulia dalam membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda, maka tidak hairanlah jika ramai yang ingin menyertai pasukan beruniform ini.  Akan tetapi tahukah anda apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi membolehkan anda menyertai kerjaya sebagai anggota bomba? Berikut ialah syarat-syarat yang perlu ada untuk melayakan anda untuk memohon: Syarat Lantikan: i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut: a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. c. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); d. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tan

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar