Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Umum mengetahui kerjaya sebagai anggota bomba merupakan satu kerjaya yang yang sangat mulia dalam membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda, maka tidak hairanlah jika ramai yang ingin menyertai pasukan beruniform ini.


Akan tetapi tahukah anda apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi membolehkan anda menyertai kerjaya sebagai anggota bomba?

Berikut ialah syarat-syarat yang perlu ada untuk melayakan anda untuk memohon:

Syarat Lantikan:
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
c. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
d. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;




e. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
iii. Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
a. Mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
b. Menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
c. Menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
d. Memanjat tali.
iv. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Bagaimana untuk memohon?

Untuk memohon jawatan tersebut anda hendaklah memohon secara online di laman web https://spa9.spa.gov.my/


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Facebook Friends of Bomba Malaysia

Comments

  1. Harap dpat menjawat jawatan ini sbb minatt betull

    ReplyDelete
  2. boleh thu syarat umur dia 18-?

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur mmohon sekurang ii nya 18 tahun dh bpleh memohon

      Delete
  3. Apply tunggu dri tahun 2019 smpai sekarang dkt SPA , satu apah pun tarak lekat , goverment ni kalau cable tak kuat takde org dalam , usah mimpi lah nak dpat keje walaupun jadi macai pangkat bawahan sektor kerajaan ..

    ReplyDelete
  4. Kalau ade parut cam pembedahan memang tkle ke..walaupun kecil?cam bedah kanser centu tkle ke hmm..tlong jwb

    ReplyDelete

Post a Comment

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar

Popular Posts

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apa tugas STORM dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?