Posts

Showing posts with the label bombahero

Apa itu EMRS dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?

Image
EMRS (EMERGENCY MEDICAL RESCUE SERVICES) 1. Diwujudkan dalam Jabatan Bomba bagi memberi perawatan KHUSUSNYA kepada ANGGOTA BOMBA ditempat operasi sekiranya mengalami kecederaan. Dan juga memberi perawatan kecemasan kepada mangsa orang AWAM sekiranya ada sebelum pihak AMBULAN datang.  Semoga dengan perawatan awal yg kami berikan dpt membantu mengawal mangsa yg cedera dari menjadi lebih kritikal sementara ambulan sampai. Sekiranya ambulan ada kami akan serahkan kepada pihak berkenaan. 2. Kami TIDAK beroperasi utk menghantar pesakit ke hospital KECUALI mendapat arahan dari PUSAT GERAKAN OPERASI yg mana pihak Hospital memohon kami utk menghantar mangsa ke hospital disebabkan perkara yg tidak dapat dielakkan.                    3. Keluaran jentera EMRS ini adalah bersama Jentera pemadaman kami. 4. Walaupun anggota bomba kami terlatih dan melakukan tugasan mengikut SOP tidak dapat dinafikan kemalangan keatas anggota boleh terjadi. Dengan ...

Bagaimanakah cara untuk menjadi Teman Pili Bomba?

Image
Bagaimanakah cara untuk menjadi Teman Pili Bomba? Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas. Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran. Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan. Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan. Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan. Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai. SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba. Sumber: http://www.bomba.gov.my/

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar