Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Umum mengetahui kerjaya sebagai anggota bomba merupakan satu kerjaya yang yang sangat mulia dalam membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda, maka tidak hairanlah jika ramai yang ingin menyertai pasukan beruniform ini. 



Akan tetapi tahukah anda apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi membolehkan anda menyertai kerjaya sebagai anggota bomba?

Berikut ialah syarat-syarat yang perlu ada untuk melayakan anda untuk memohon:

Syarat Lantikan:
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
c. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
d. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;


e. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
iii. Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
a. Mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
b. Menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
c. Menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
d. Memanjat tali.
iv. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Bagaimana untuk memohon?


Untuk memohon jawatan tersebut anda hendaklah memohon secara online di laman web https://spa9.spa.gov.my/



Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Facebook Friends of Bomba Malaysia

Comments

  1. nak tanya, knpa sya tak melepasi syrat ye? adakah mungkin math sya x kepujian ?

    ReplyDelete
  2. Kenapa susah nak dapat info tarikh pengambilan.

    ReplyDelete
  3. Lulus bahasa melayu je kr. Bukan kr mndpt kepujian dlm bahasa melayu??

    ReplyDelete
  4. betul ke klu ade parut xboleh join?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tengok parut tu sebab apa kalau parut tu sebab operate sebab tulang patah nak kena masuk besi lepastu ada parut kesan bedah tu tak dapat join

      Delete
    2. Dia tengok kalau parut jugak kalau tulang patah pastu kena bedah nak sambung besi. Lepastu ada parut yang kesan bedah tu tak dapat nak join

      Delete
    3. Dia tengok kalau parut jugak kalau tulang patah pastu kena bedah nak sambung besi. Lepastu ada parut yang kesan bedah tu tak dapat nak join

      Delete
    4. Dia tengok kalau parut jugak kalau tulang patah pastu kena bedah nak sambung besi. Lepastu ada parut yang kesan bedah tu tak dapat nak join

      Delete
    5. Kalau tangan pernah patah tapi tak sambung besi pun and then dah sembuh msih ada harapan ker jadi bomba

      Delete
  5. Berapakah Had Umur Bagi menyertai Anggota Bomba

    ReplyDelete
  6. kurang pasti,tpi sye umur 31 tunggu ujian fizikal,exam online da lepas.

    ReplyDelete
  7. Kalau berat lebih dari apa yang disyorkan

    ReplyDelete
  8. Kelulusan memang nk bm je ke? Subjek lain?

    ReplyDelete
  9. Kalau tak ade sijil spm tak boleh kerja bomba ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh join Bomba Sukarela sekurang kurang kena ada PMR/PT3 dah boleh join latihan dia sama dengan latihan bomba

      Delete
  10. Nak tanye kalau tak pandai berenang bole aply ke

    ReplyDelete
  11. Saya berat 60.......dan takut tinggi serta tak boleh angkat berat mata saya kuat silau.....tinggi tu boleh lah jadi boleh masuk kah?

    ReplyDelete
  12. Selain saluran melalui SPA..ada ka saluran lain mcm akademi untuk jwtn penguasa bomba kb41?

    ReplyDelete
  13. Adakah mata juling tak dapat masuk dalam perkerjaan bomba

    ReplyDelete
  14. kalau ada parut pembedahan di perut dan pakai braces boleh ke jadi bomba?

    ReplyDelete
  15. Boleh ker kalau mata rabun masuk bomba?

    ReplyDelete
  16. Boleh ker kalau mata rabun masuk bomba?

    ReplyDelete
  17. kalau ade degree pastu nak mintak yg spm boleh ?

    ReplyDelete
  18. Selain spa, ade tak saluran lain untuk mohon latihan bomba ni?

    ReplyDelete
  19. Kalau ada skm level 3 shaja boleh join tak, tapi spm tak de

    ReplyDelete
  20. Tangan patah boleh join bomba tak?
    Tpi dh ptah lma dh

    ReplyDelete
  21. Klau tgan bengkok and mata kecil sebelah boleh masuk bomba tak??

    ReplyDelete
  22. Daripada umur 5 sampai skrg (16) sy amat minat nak jadi pegawai bomba
    Tapi tangan saye dah patah n operate lalu dlm tangan saye tiada besi atau wayar pon
    Tapi pada kulit tngan saye ade parut blh keh saya layak nak jadi pegawai bomba

    ReplyDelete
  23. Sya minat nak jdi bomba, Kalau bm D dan ada sijil kolej Komuniti layak kah tu? Masuk bomba

    ReplyDelete
  24. Berapa had umur untuk masuk bomba ? Keputusan spm sy lepas , bila bole ambik sy jdi bomba ?

    ReplyDelete
  25. kalau ketinggian hampir² bleh go x..sy x pasti sgt ketinggian..sbab dlm 156 ke 157..ssah nak dpt exact measurement..mnta pencerahan..terima kasih..

    ReplyDelete
  26. Nak tanya kalau badan ada Tatu lepas tak ujian fizikal?

    ReplyDelete
  27. Tumpang tanya. Kalau parut disebabkan operate dan bukan disebabkan masuk besi boleh diterima ke? Operate sebab pendarahan dalam hingga menyebabkan kaki bengkak

    ReplyDelete
  28. nak tanya kalau x lepas memanjat tali tu x terima ka

    ReplyDelete
  29. Dah ujian fizikal tempoh hari tapi tidak lepas gara2x ada tatu.

    ReplyDelete
  30. kalau ada tattoo boleh tak? tattoo tradisi di dada😁

    ReplyDelete
  31. Kalau perempuan berat 60kg keatas tetapi tinggi 160-170cm bleh ke msuk bomba ?

    ReplyDelete
  32. Berapa berat badan maxsimum nak jadi bomba

    ReplyDelete
  33. Kalau mata rabun boleh ke join bomba

    ReplyDelete
  34. Usaha minta dulu.. Dpt x dpt belakang kira πŸ‘☺️

    ReplyDelete
  35. Spm tu nk kne lulus ke?tlong jelas kan😊

    ReplyDelete
  36. saya sejak umur 5 tahun hingga sekarang ingin jadi bomba, kalau badan besar tak gemuk boleh ke masuk ahli bomba

    ReplyDelete
  37. Jadi kalau kaki dh pernah masuk besi terus xleh masuk bomba Kee πŸ˜”πŸ˜”

    ReplyDelete
  38. Saya teringin nak jadi anggota bomba.. tapi berat, xbleh ke bagi peluang? Sedih lahhh

    ReplyDelete

Post a Comment

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar

Popular Posts

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apa tugas STORM dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?