Soalan Lazim

 1. Apakah tugasan dan cabaran Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia?

Berikut adalah tugasan dan cabaran Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia:

  • Memadam kebakaran di struktur
  • Unit Udara
  • Memadam kebakaran di struktur tinggi
  • Unit Pengesan K-9
  • Memadam kebakaran di hutan
  • Unit EMS
  • Menyelamat di jalan raya
  • Komunikasi
  • Unit Motosikal Gerak Cepat
  • Unit Hazmat
  • Unit Mencari Dan Menyelamat
  • Unit 'MUST'
  • Unit Menyelamat Di Dalam Air
  • Unit Penyiasatan Kebakaran

2. Apakah skim-skim yang terdapat dalam perkhidmatan Bomba?

Berikut adalah skim-skim yang ada di dalam perkhidmatan bomba:
i. Skim Pegawai Bomba (KB 17) - Kelulusan SPM
ii. Skim Penolong Penguasa (KB 29) - Kelulusan Diploma
iii. Skim Penguasa Bomba (KB 41) - Kelulusan Ijazah

3. Bagaimanakah cara memohon kerja sebagai Pegawai Bomba?
Semua proses pengambilan anggota baru adalah di bawah tanggungjawab pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Kekerapan untuk mengambil anggota baru juga adalah di bawah bidang kuasa pihak SPA. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak membuat temuduga terbuka untuk jawatan-jawatan dalam perkhidmatan bomba. Semua proses tersebut adalah di bawah bidang kuasa pihak SPA. Selepas calon berjaya dalam ujian temuduga daripada pihak SPA, barulah JBPM akan memanggil senarai calon yang berjaya untuk menduduki ujian fizikal. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh melayari laman sesawang di https://spa9.spa.gov.my/

Berikut adalah carta alir permohonan kerja sebagai Pegawai Bomba.


4. Apakah jenis ujian kelayakkan dan ketahanan fizikal yang perlu dilalui oleh calon?
Semasa Hari Temuduga, calon dikehendaki menjalani ujian kelayakkan dan ketahanan fizikal seperti berikut:

i. Tinggi
Tidak kurang dari 1.57m (lelaki) dan 1.53m (wanita) tanpa memakai sepatu

ii. Berat Badan
Tidak kurang dari 48kg (lelaki) dan 46kg (wanita) tanpa memakai baju (bagi lelaki) dan sepatu/kasut getah

iii. Ukuran Dada
Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas. Wanita dikecualikan

iv. Ujian Penglihatan
Ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9. Jarak carta dengan calon adalah 20 kaki tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh

v. Pengecaman Warna
Pengecaman warna terhadap semua warna yang ditetapkan

vi. Ujian Pendengaran
Ujian pendengaran yang ditetapkan

vii. Ujian Mengangkat Berat
viii. Ujian Menegakkan Tangga Bomba
ix. Uian Memanjat Tali
x. Ujian Menaiki Tangga


Comments

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar

Popular Posts

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apa itu EMRS dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?

Apa tugas STORM dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?