Posts

Detik-detik cemas semasa operasi runtuhan struktur jambatan di MRR2 baru-baru ini.

Apa itu Bomba Channel?

CABARAN ANGGOTA BOMBA SEMASA OPERASI MEMADAM KEBAKARAN

View this post on Instagram A post shared by pbfaiz (@pbfaiz)

JARI KAKI KANAK² TERSEPIT DI KERUSI

LAPAN orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor yang diketuai Penyelia, PBK II Roslan bin Asri dikerjarkan ke lokasi bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) tiba di lokasi terdapat seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun telah tersepit jari kaki kanan dikerusi. Anggota bomba berjaya mengeluarkan jari kaki kanak-kanak tersebut dengan selamat dan seterusnya keluarga mangsa membawa ke klinik untuk rawatan selanjutnya. JARI KAKI KANAK² TERSEPIT DI KERUSI😱 LAPAN orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor yang diketuai... Posted by Friends of Bomba Malaysia on  Thursday, 28 January 2021

KEBAKARAN KEDAI RUNCIT MAINON

SELASA,26 JANUARI 2021 Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tebrau menerima panggilan kecemasan kebakaran kedai melalui talian MERS 999 pada 26 Januari 2021, jam 22:26:00, beralamat di Jalan Bayam, Kg Bendahara.  Tiga(3) jentera FRT, dua(2) jentera EMRS, satu(1) Water Tanker, tiga(3) Unit RIM, dan 1 utiliti Hilux dari BBP Tebrau dan BBP Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai tiga puluh lima(35) orang anggota telah dihantar ketempat kejadian.  Komander Operasi diketuai oleh PKPgB Saiful Bahribin Safar. Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi(PKO) dilokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran sebuah kedai runcit berkeluasan 60x60 kaki berstruktur kekal telah terbakar 80% strutur dan isi kandungan kedai tersebut. PKO bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan 3 aliran 200 kaki menggunakan air, dan 1 aliran 200 kaki menggunakan foam. Kebakaran tidak melibatkan mangsa.Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Impian Adik Arsyad Bin Ruzin (Pesakit kanser) untuk menjadi Seorang Anggota Bomba direalisasikan

Impian Adik Arsyad Bin Ruzin (Pesakit kanser) untuk menjadi Seorang Anggota Bomba direalisasikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Adik Arsyad yang menghidap penyakit kanser sejak Februari 2011 itu akhirnya telah "dilantik" sebagai anggota bomba pada 26 November 2020 oleh ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya. Terima kasih diucapkan kepada ketua balai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya serta semua yang terlibat dalam merealisasikan hasrat Adik Arsyad. Marilah sama-sama kita mendoakan supaya Adik Arsyad diberikan kekuatan untuk melawan penyakitnya itu serta dipermudahkan segala urusan. Amin Kredit: BBP Subang Jaya

Penunggang basikal patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung setinggi enam meter

Image
Bayan Lepas: Penunggang basikal patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung setinggi enam meter ketika melakukan aktiviti itu di Setia Triangle di sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.06 pagi hari ini. Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru kemudiannya bergegas ke tempat kejadian. Katanya, mangsa yang tinggal di Teluk Kumbar di sini, itu mengalami patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung  "Anggota penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum memberi rawatan awal kepadanya," katanya di sini. Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Perutusan Tahun 2021, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pada 22 Januari 2021 bertempat di Studio Bomba JBPM Putrajaya telah diadakan Perutusan Tahun 2021, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, oleh Dato' Sri Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid.

TIPS KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK

Image
KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK •Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh terbakar. •Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu •Gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya lampu terkena hentaman yang kuat. KUASA ELEKTRIK DI LUAR RUMAH •Alatan elektrik yang dipasang di luar rumah seperti di anjung hendaklah kalis cuaca. •Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu neon atau lampu "kelip-kelip". •Jangan gunakan perkakasan elektrik di luar rumah ketika permukaan tanah dalam keadaan basah melainkan peralatan tersebut telah lulus ujian dan boleh digunakan. •Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu luar. KABEL ELEKTRIK •Jangan menyentuh kabel kuasa - anda mungkin akan terkena renjatan dan terbakar teruk. •Simpan tangga (terutama tangga besi) jauh dari kabel kuasa. •Laporkan kerosakan kabel kuasa dan tandakan kawasan berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai yang menghampirinya. TANDA AMARAN Kenalpa...

TIPS KESELAMATAN KEBAKARAN

Image
APABILA BERLAKU KEBAKARAN PATUHILAH LANGKAH-LANGKAH BERIKUT: 1.Jangan panik. Bunyikanlah penggera atau jerit (api! api! api!) untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan. 2.Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda. 3.Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat pemadam api dan apa jua perkakas memadam kebakaran yang ada di rumah anda. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda. PETUA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN JALAN KELUAR Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran...

BAGAIMANA PROSES TERJADINYA API ??

Image
Api adalah sesuatu yang sering kita lihat. Baik itu dalam skala kecil seperti pada nyala api mancis atau lilin, mahupun dalam skala besar seperti saat terjadi kebakaran.  Tetapi adakah and tahu apakah api itu? Dan apa yang membuat api menyala? Seperti yang dinyatakan di gambar berikut, Api merupakan proses kimia, iaitu proses oksidasi cepat yang menghasilkan panas dan cahaya. Api dapat terbentuk jika terjadi persenyawaan (bergabungnya) 3 unsur atau elemen yang dikenal dengan Teori Segitiga Api. API ITU SEGITIGA API? Terdapat 3 unsur atau elemen utama dalam pembentukan api, iaitu Haba, Oksigen dan Bahan. 3 unsur atau elemen ini perlu berpadu untuk membentuk kebakaran. Jika salah satu unsur atau elemen ini tiada, maka api tidak akan terhasil sama sekali. 3 unsur atau elemen tersebut adalah: 1) Bahan Api : suatu unsur terkandung gas atau wap 2) Oksigen : Membantu proses kebakaran 3) Haba : Sejenis tenaga yang menaikkan suhu bahan api Terdapat juga satu faktor lain – Tindak Balas Beran...

Evolusi Helmet Bomba 1940 hingga kini

Image
 

Tatacara Penggunaan BREATHING APPARATUS (BA)

Image
1. BA terbahagi pada empat bahagian i. Tabung ii. Back plate iii. Face mask iv. Pneumatic system 2. Penggunaan BA mestilah 80 peratus udara didalam tabung 2.i BA ada dua Ujian Tekanan dan dua Pemeriksaan : a. i - Ujian Tekanan Tinggi ( kebocoran pada pneumatic system dan bacaan Tolok ) b. ii -Ujian Tekanan Rendah ( Kebocoran pada Face Mask ) a.i - Pemeriksaan Ketepatan Warning wisel ( semasa ujian Tekanan Tinggi ) b.ii - Pemeriksaan Positif Pressure ( semasa ujian Tekanan Rendah ) 3. i -Ujian Tekanan tinggi,Pastikan reset button dalam keadaan off.Buka injap tabung lihat bacaan tolok.Kandugan semasa. Kemudian tutup injap tabung tunggu satu minit.Jika bacaan pada tolok tidak turun pneumatic system dlm keadaan baik. 3.ii - Pemeriksaan Ketepatan warning wisel,tekan reset button lepaskan udara perlahan-lahan.Lihat pada tolok sehingga bacaan 50 bar wisel akan berbunyi. 4.i - Ujian tekanan Rendah,pastikan reset button dalam keadaan off buka injap tabung,pakai Face Mask dan bernafas seperti bi...

Keselamatan bagi mengelakkan kebakaran di dapur

Image
- Elak meninggalkan dapur semasa memasak - Sentiasa awasi dan periksa masakan yang dimasak terutamanya yang menggunakan alat pembakar seperti ketuhar - Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk - Pastikan rak dapur sentiasa bersih dari kotoran atau bahan masakan yang berminyak yang mudah disambar api - Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak SEBAGAI LANGKAH KESELAMATAN, SEDIAKAN ALAT PEMADAM API DI RUMAH DAN HUBUNGI PIHAK BOMBA DENGAN SEGERA JIKA BERLAKU KEBAKARAN.

KEBAKARAN DISEBABKAN OLEH KETUHAR, GELOMBANG MIKRO DAN ELEKTRIK

Image
Kebakaran di dapur boleh berlaku di mana-mana sahaja. Berhampiran barang elektrik, microwave atau bahagian atas dapur gas.  Terdapat beberapa petua untuk membantu anda bagaimana untuk memadamkan kebakaran di dapur. Kebakaran dari ketuhar: Tutup pintu ketuhar dan matikan ketuhar. - Jika api tidak terpadam, hubungi pihak bomba dengan segera. - Periksa ketuhar dan membaikinya sebelum anda menggunakannya lagi. Kebakaran kerana gelombang mikro: - Tutup pintu ketuhar gelombang mikro. - Matikan ketuhar gelombang mikro dan cabutkan suisnya jika anda boleh melakukannya dengan selamat. - Biarkan pintu tertutup dan jangan gunakan lagi sehingga diperiksa oleh juruteknik yang berkelayakan. Kebakaran disebabkan oleh elektrik: - Cegah kebakaran elektrik dengan tidak menggunakan kuasa yang berlebihan. - Jika kebakaran bermula, Gunakan pemadam api dan hubungi pihak bomba.

ALAT YANG PENTING DAN PERLU ADA DI RUMAH SEBAGAI LANGKAH KESELAMATAN

Image
1. ALAT PEMADAM API Alat pemadam api berfungsi untuk memadamkan kebakaran kecil atau kebakaran di peringat awal. Setiap rumah digalakkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu alat pemadam api sebagai langkah keselamatan. Alat pemadam api tersebut mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan dicapai serta jauh dari kanak-kanak. 2. SMOKE DETECTOR Smoke detector sangat penting dan berfungsi untuk mengesan asap terutamanya pada waktu malam ketika penghuni dalam rumah sedang tidur kerana pada waktu tersebut deria bau manusia kurang aktif sebaliknya lebih peka dengan bunyi. Alat tersebut dapat membantu penghuni untuk memberi amaran apabila ada asap kebakaran dan memberikan masa untuk menyelamatkan diri serta segera mendapatkan bantuan.

Bilakah tarikh luput alat pemadam api?

Image
Setiap alat pemadam api mempunyai jangka hayat atau tarikh luput.  Walaupun belum pernah digunakan, sekiranya sudah melebihi tempoh masa yang ditetapkan, alat pemadam api perlu dilupuskan dan diganti dengan yang alat pemadam api yang baru. Jangka hayat alat pemadam api adalah selama 10 tahun. Cuba periksa tarikh pengeluaran alat pemadam api anda, adakah sudah melebihi 10 tahun? Setiap alat pemadam api akan disertakan dengan tahun pembuatan yang terdapat pada tabung pemadam api. Dari situ, kita boleh mengetahui usia alat pemadam api. Jika tahun diperbuat pada 2009, maka tarikh luputnya adalah pada tahun 2019 dan perlu dilupuskan.

BAGAIMANA UNTUK MEMERIKSA ALAT PEMADAM API?

Image
Anda juga boleh menjalankan pemeriksaan sendiri terhadap alat pemadam api dalam tempoh 1- 3 bulan sekali.  Terdapat beberapa aspek yang boleh diperhatikan bagi memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan yang baik. Antaranya ialah: - Pressure gauge pada tabung menunjukkan kepada kandungan penuh (Hijau- penuh, merah – kosong) - Tiada kerosakan atau kekaratan pada bahagian luar tabung - Safety pin berada pada keadaan yang betul - Nozel, hos dan operating level berada dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat - Tiada komponen yang longgar

Bilakah tarikh luput dan cara renew eFEIS?

Image
Anda boleh memeriksa pada sticker eFEIS di alat pemadam api bagi mengetahui tarikh luput eFEIS.  Bomba telah meletakkan syarat, alat pemadam api perlu dijalankan pemeriksaan setiap tahun dan ianya boleh dilakukan dengan memanggil kontraktor berdaftar untuk menjalankan pemeriksaan dan servis dan seterusnya mendaftar sijil perkuan Bomba atau eFEIS yang baru. Jika premis anda memiliki alat pemadam api tetapi tidak di selenggara dan dikemas kini eFEIS, anda mungkin berdepan dengan masalah semasa Bomba menjalankan pemeriksaan. Dan sekiranya pemeriksaan mendapati alat pemadam api anda sudah tidak boleh digunakan, anda perlu melupuskannya.

Bagaimana cara pelupusan alat pemadam api?

Image
Alat pemadam api yang sudah rosak tidak boleh dibuang begitu sahaja.  Alat pemadam api yang tidak dikosongkan sepenuhnya dikira sebagai bahan berbahaya kerana tabung alat pemadam api mempunyai tekanan yang tinggi dan berpotensi untuk meletup. Cara untuk membuang alat pemadam api lama yang tidak dapat diisi semula: - Lepaskan tekanan yang terdapat di dalam tabung dengan melepaskan tekanan alat pemadam api ke kawasan terbuka yang selamat. - Biarkan tabung selama beberapa hari, pastikan semua tekanan telah dilepaskan. - Setelah tidak ada tekanan lagi, buang ke dalam tempat pembuangan sampah yang sesuai dan selamat

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar