Posts

KEBAKARAN KEDAI RUNCIT MAINON

SELASA,26 JANUARI 2021 Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tebrau menerima panggilan kecemasan kebakaran kedai melalui talian MERS 999 pada 26 Januari 2021, jam 22:26:00, beralamat di Jalan Bayam, Kg Bendahara.  Tiga(3) jentera FRT, dua(2) jentera EMRS, satu(1) Water Tanker, tiga(3) Unit RIM, dan 1 utiliti Hilux dari BBP Tebrau dan BBP Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai tiga puluh lima(35) orang anggota telah dihantar ketempat kejadian.  Komander Operasi diketuai oleh PKPgB Saiful Bahribin Safar. Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi(PKO) dilokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran sebuah kedai runcit berkeluasan 60x60 kaki berstruktur kekal telah terbakar 80% strutur dan isi kandungan kedai tersebut. PKO bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan 3 aliran 200 kaki menggunakan air, dan 1 aliran 200 kaki menggunakan foam. Kebakaran tidak melibatkan mangsa.Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Impian Adik Arsyad Bin Ruzin (Pesakit kanser) untuk menjadi Seorang Anggota Bomba direalisasikan

Impian Adik Arsyad Bin Ruzin (Pesakit kanser) untuk menjadi Seorang Anggota Bomba direalisasikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Adik Arsyad yang menghidap penyakit kanser sejak Februari 2011 itu akhirnya telah "dilantik" sebagai anggota bomba pada 26 November 2020 oleh ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya. Terima kasih diucapkan kepada ketua balai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya serta semua yang terlibat dalam merealisasikan hasrat Adik Arsyad. Marilah sama-sama kita mendoakan supaya Adik Arsyad diberikan kekuatan untuk melawan penyakitnya itu serta dipermudahkan segala urusan. Amin Kredit: BBP Subang Jaya

Penunggang basikal patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung setinggi enam meter

Image
Bayan Lepas: Penunggang basikal patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung setinggi enam meter ketika melakukan aktiviti itu di Setia Triangle di sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.06 pagi hari ini. Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru kemudiannya bergegas ke tempat kejadian. Katanya, mangsa yang tinggal di Teluk Kumbar di sini, itu mengalami patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung  "Anggota penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum memberi rawatan awal kepadanya," katanya di sini. Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Perutusan Tahun 2021, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pada 22 Januari 2021 bertempat di Studio Bomba JBPM Putrajaya telah diadakan Perutusan Tahun 2021, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, oleh Dato' Sri Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid.

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar