KEBAKARAN KEDAI RUNCIT MAINON

SELASA,26 JANUARI 2021 Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tebrau menerima panggilan kecemasan kebakaran kedai melalui talian MERS 999 pada 26 Januari 2021, jam 22:26:00, beralamat di Jalan Bayam, Kg Bendahara. 


Tiga(3) jentera FRT, dua(2) jentera EMRS, satu(1) Water Tanker, tiga(3) Unit RIM, dan 1 utiliti Hilux dari BBP Tebrau dan BBP Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai tiga puluh lima(35) orang anggota telah dihantar ketempat kejadian. 

Komander Operasi diketuai oleh PKPgB Saiful Bahribin Safar.
Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi(PKO) dilokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran sebuah kedai runcit berkeluasan 60x60 kaki berstruktur kekal telah terbakar 80% strutur dan isi kandungan kedai tersebut.

PKO bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan 3 aliran 200 kaki menggunakan air, dan 1 aliran 200 kaki menggunakan foam.
Kebakaran tidak melibatkan mangsa.Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Comments

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar

Popular Posts

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apa tugas STORM dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?