KEMALANGAN JALAN RAYA DI BULATAN TAMAN GEMILANG, INDAHPURA, KULAI
ISNIN, 18 JANUARI 2021 – Balai Bomba dan dan Penyelamat (BBP) Kulai menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian terus ke balai pada 18 Januari 2021, jam 08:46:00, beralamat di bulatan Taman Gemilang, Indahpura, Kulai.
Satu (1) jentera FRT dari BBP Kulai dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan (8) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh PBK II KUP Azizan bin Aziz.
Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX, sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi. Terdapat satu (1) mangsa cedera iaitu lelaki dewasa berusia 24 tahun di dalam kereta Proton Saga FLX.
Dalam kejadian tersebut, Proton Saga FLX dipercayai melulu masuk ke dalam kawasan bulatan dan seterusnya melanggar bahagian hadapan kereta Toyota Vios manakala Perodua Muvi gagal mengelak menyebabkan kereta tersebut melanggar bahagian belakang kereta Toyota Vios. Akibat perlanggaran tersebut menyebabkan pemandu kereta Proton Saga FLX mengalami kecederaan di bahagian kaki.
PKO bertindak mengeluarkan mangsa dan diletakkan di atas ‘stretcher’. Mangsa diserahkan kepada Ambulans KKM untuk dihantar ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan lanjut. Manakala terdapat dua (2) orang mangsa selamat iaitu warga emas perempuan di dalam kereta Toyota Vios dan perempuan dewasa di dalam kereta Perodua Myvi.
Operasi telah ditamatkan pada 18 JANUARI 2021 jam lebih kurang 09:10:00.
Comments
Post a Comment