Lawatan Ketua Pengarah Kersiapsiagaan Banjir JBPM Negeri Kelantan
YAS Dato’ Sri Muhammad Hamdan bin Haji Wahid, Ketua Pengarah JBPM hari ini mengadakan lawatan Kersiapsiagaan Banjir JBPM Negeri Kelantan pada Sabtu( 9 Jan 2021 jam 3.10 petang).

Ketibaan YAS Dato’ Sri Ketua Pengarah disambut oleh YS PPjB Md Salleh bin Sarbini, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Timbalan Pengarah, serta pegawai jabatan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi Rantau Panjang. Dalam lawatan tersebut YAS Dato’ Sri Ketua Pengarah mendengar taklimat berkaitan operasi banjir yang disampaikan oleh PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Kelantan di bilik Gerakan PKTK Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.
YAS Dato’ Sri Ketua Pengarah turut menyampaikan sumbangan kepada anggota yang terjejas banjir dan menandatangi buku pelawat.
YAS Dato’ Sri Ketua Pengarah turut menyampaikan sumbangan kepada anggota yang terjejas banjir dan menandatangi buku pelawat.

Turut hadir YS Dato' Nor Hisham bin Mohamad, Pengarah Bahagian Operasi JBPM, YS PKPjB Nazili bin Hj. Mahmood , Pengarah Bahagian Udara, JBPM, YBrs. Tuan Haji Nik Mohamed Noor bin Nik Ishak, Ketua Jajahan Pasir Mas,Yang Dihormati ACP Mohamad Roy Suhaimi bin Sarif, Ketua Polis Daerah Pasir Mas. Semasa ketibaan dan kepulangan YAS Dato’ Sri Ketua Pengarah, bacaan doa dipimpin oleh PBK I Zaimi bin Samat, dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.
Comments
Post a Comment