OPERASI MENYELAMAT MANGSA HANYUT DI KAMPUNG NIYOR, KLUANG



ISNIN, 04 JANUARI 2021 – Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kluang menerima panggilan kecemasan menyelamat mangsa hanyut akibat banjir melalui talian terus ke balai pada 4 Januari 2021, jam 11:24:00 beralamat di Kampung Niyor, Kluang.




Satu(1) FRT, satu(1) EMRS dan satu(1) Van Utiliti dari BBP Kluang dengan kekuatan seramai dua belas(12) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

Komander Operasi diketuai oleh PKPgB Akob bin Sedek. Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ditempat kejadian, didapati benar terdapat sebuah kereta jenis Perodua Axia telah hanyut dibawa arus banjir. Kereta yang hanyut telah dijumpai di dalam parit sedalam lebih kurang 4 meter dan dinaikkan ke darat dengan menggunakan kenderaan penarik kereta dan didapati mangsa tiada di dalam kereta tersebut..




Kerja-kerja pencarian mangsa dilakukan oleh anggota Bomba dalam lingkungan 50 meter dari kereta mangsa dijumpai. Mangsa kemudianya dijumpai dalam Jarak 51 meter dari lokasi kereta mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan pada pihak Polis untuk tindakan.




Comments

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar

Popular Posts

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apa tugas STORM dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?