Penunggang basikal patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung setinggi enam meter

Bayan Lepas: Penunggang basikal patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung setinggi enam meter ketika melakukan aktiviti itu di Setia Triangle di sini, hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.06 pagi hari ini.


Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, mangsa yang tinggal di Teluk Kumbar di sini, itu mengalami patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung 


"Anggota penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum memberi rawatan awal kepadanya," katanya di sini.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Comments

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar

Popular Posts

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apa tugas STORM dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?