Sebuah kilang penyaduran logam di Johor musnah terbakar


KEBAKARAN KILANG DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PEKAN NENAS, JOHOR.




AHAD, 17 JANUARI 2021 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nenas menerima panggilan kecemasan kebakaran kilang melalui talian terus ke balai pada 17 Januari 2021, jam 08:32:00, beralamat di No.7 ,Jalan Industri 12, Kawasan Perindustrian Pekan Nenas, Pekan Nenas Johor.

Satu (1) jentera FRT dan satu (1) jentera EMRS dari BBP Pekan Nenas bersama satu(1) jentera FRT dan satu(1) jentera EMRS dari BBP Skudai dengan kekuatan seramai tujuh belas (17) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.



Menurut Komander operasi, setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati benar berlakunya kebakaran melibatkan sebuah kilang berkeluasan 2500 kaki persegi jenis struktur kekal yang menjalankan operasi penyaduran logam. Kebakaran melibatkan 4 line production berkeluasan 25 x 50 kaki persegi. Peratusan kebakaran dianggarkan 65% daripada keseluruhan kilang tersebut. Berlaku kesukaran kerja-kerja pemadaman disebabkan asid hydroclorid 33% yang turut terbakar bagi penyaduran logam.




Tindakan operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 200 kaki dan sumber air tangki pam jentera. Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan.



Comments

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar

Popular Posts

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apa tugas STORM dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?