Tiada Akronim Untuk Perkataan BOMBA, Ini Makna Sebenar Yang Ramai Salah Faham

Tahukah anda perkataan bomba berasal daripada perkataan Portugis iaitu Bombeiros yg bermaksud pasukan pemadam. Menurut kamus dewan pula perkataan bomba mempunyai dua maksud iaitu sejenis alat yg digunakan utk mengepam air dan pasukan memadam kebakaran. 

Penemuan dokumen surat pada permohonan kepada pemerintah negeri kedah pada 12 September 1922 perkataan bomba telah lama digunakan. Didalam surat tersebut terdapat perkataan bomba ayer yg merujuk pemohonan penembatan di pekan kulim.



Temubual sejarah secara lisan arkib negara Malaysia bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia iaitu Tuan Hj Mohamad Yusop bin Hamzah pada 14 Disember 2011 menyatakan jabatan ini mengunakan nama Fire Brigade dahulu sebelum ditukarkan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia.

Pada tahun 1961 sehingga 1966 jabatan telah menganjurkan satu kempen Bulan Bahasa Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mancari nama sesuai utk Fire Brigade.

Perterjermah dibuat dibuat oleh timbalan Ketua pengarah dan 3 anggota pegawai yang lain yg di lantik oleh dewan bahasa dan pustaka sebagai panel penterjermahan. Fire Brigade jika diterjemah bermaksud pasukan api tetapi tidak sesuai digunakan ketika itu.

Perkataan bomba kemudian diambil dari nama sejenis alat pengepam minyak atau air yg dipanggil gumba tetapi alat ini hanya dapat mengepam air dan tidak memancut air.

Selain itu terdpat perkataan lain digunakan iaitu bombat yg bermaksud menumpukan air tetapi msih tidak di sedap didengar. Selepas itu huruf t telah dibuang dan perkataan digunakan hanya BOMBA sahaja.

Pada 8 januari 1997 nama jabatan perkidmatan bomba diubah sekali lagi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia apabila jemaah menteri telah bersetuju ditukarkan.

Pada tahun 21 Februari 1997 satu majlis pengumuman dan pelancaran nama dan bendera baru diadakan di Genting Highlands yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Rujukan dari Buku sejarah bermulanya Wira Merah.

Sipnosis Buku : Sejarah Bermulanya Wira Merah

Comments

"TSHIRT EXCLUSIVE BOMBA MALAYSIA” Untuk pembelian sila WHATSAPP 01116921797 atau klik pada gambar

Popular Posts

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?

Apa tugas STORM dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?